Hotel-Hotel Bajet di Kuala Lumpur

Anda boleh menempah secara online hotel bajet di Kuala Lumpur menggunakan portal booking.com. Portal ini adalah antara portal booking hotel antarabangsa yang terkenal dan dipercayai . Kami senaraikan disini hotel-hotel bajet di Kuala Lumpur di bawah RM100 yang boleh diperolehi secara online melalui booking.com

Hotel Bajet di Kuala Lumpur di Bawah RM100

Lokasi AlamatHotel & Review Rating
Ahyu Hotel Bajet Kuala Lumpur
Lokasi: 34, Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Ahyu Hotel


Booking.com


Lokasi yang berdekatan dengan LRT Masjid Jamek iaitu kira-kira 200 meter. Kedai mamak juga berdekatan Nasi Kandar KL Express berjarak 160m.
BIG M Hotel Bajet Kuala Lumpur
Lokasi: 38, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
BIG M Hotel


Booking.com


Lokasi strategik berdekatan dengan LRT Stesen Masjid Jamek. Terdapat pelbagai kedai makanan segera yang berhampiran seperti KFC dan Mcdonald,'s.
XX

Lokasi: 25 Jalan Tun Sambanthan 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Double M Hotel


Booking.com


Terletak di lokasi yang strategik di area kejiranan Brickfields, KL yang berhampiran dengan NU Sentral Mall dan KL Sentral.

Lokasi: 122 Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel Check-In


Booking.com


Terletak di lokasi yang strategik di area kejiranan Brickfields, KL yang berhampiran dengan NU Sentral Mall dan KL Sentral.

Lokasi:202 Jalan Pudu Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Asia Like Boutique Hotel


Booking.com


Hotel ini berada di are kejiranan Bukit Bintang. Ianya hanya berada kurang 1 km dari Berjaya Times Square. 4 minit perjalanan ke monorel terdekat Jln Imbi.


270, Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Ceria Hotel


Booking.com


Hotel ceria terletak berdekatan dengan pusat membeli belah terkenal Bukit Bintang dan Berjaya Times Square, iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki.

Lokasi Alamat: 17 & 19 Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Hotel 1000 Miles


Booking.com


Lokasi hotel berdekatan dengan Petaling Street dan Terminal Bas Pudu Sentral yang terletak kira-kira 400 meter daripada lokasi hotel. Dan jarak ke Pasar Seni yang dekat untuk berjalan kaki.

Lokasi Alamat: No. 83, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Nan Yeang Hotel


Booking.com


Lokasi berhampiran dengan Chinatown KL dan Komplek Kota Raya iaitu kira-kira 4 minit berjalan kaki. Stesen LRT terdekat ialah LRT Pasar Seni dan LRT Plaza Rakyat iaitu kira-kira 7 - 8 minit berjalan kaki.

Alamat Lokasi: 35 Jalan Changkat Thambi Dollah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Sky Hotel @ Pudu


Booking.com


Lokasi di Bukit Bintang dan berada dalam jarak 450m daripada pusat membeli belah Berjaya Times Square. Dan sekitar jarak 400m berjalan kaki ke pusat membeli belah Lalaport di Bukit Bintang City Centre.
Lokasi AlamatHotel & Review Rating

Hotel Bajet di Kuala Lumpur di Bawah RM80


No. 7, Seksyen 33, Jalan Melayu/Jalan Masjid India, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Citin Hotel Masjid Jamek by Compass Hospitality


Booking.com


Lokasi Citin Hotel Masjid Jamek yang terletak hanya 100 meter dari stesen LRT Masjid Jamek. Berhampiran dengan tempat membeli belah Jalan Masjid India dan Wisma Yakin.

Lokasi Alamat: No.6 Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
Leo Leisure Hotel @ Central Market


Booking.com


Lokasi berhampiran dengan Central Market hanya di blok bahagian belakang. Dengan LRT Pasar seni hanya 500m dari hotel. Pelbagai Restoran Nasi Kandar boleh didapati dikawasan berhampiran dengan mudah.

Lokasi Alamat: 128 & 130 Jalan Tun H.S. Lee, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
The Explorers Guesthouse and Hostel


Booking.com


Lokasi yang berdekatan dengan Central Market sekitar jarak 200m. Terdapat Pusat Membeli belah Mydin yang berjarak dalam 350m daripada hotel ini.

Promosi & Diskaun Harga Hotel

Senarai hotel-hotel yang kami berikan diatas adalah terkini sewaktu artikel ini ditulis. Walaubagaimanapun pada kebiasaannya akan ada promosi diskaun yang diberikan oleh hotel diwaktu-waktu terpilih contohnya seperti promosi black friday (November), promosi akhir tahun, promosi rahsia, promosi diskaun pada bulan-bulan tertentu dan sebagainya.

Oleh kerana itu terus layari halaman utama booking.com dan pilih destinasi Kuala Lumpur dan masukkan tarikh check in dan tarikh check out pilihan anda. Gunakan filter harga dan tetapkan harga dari RM0 ke RM100 untuk memaparkan senarai harga hotel didalam lingkungan ini.

Anda akan dapat melihat lebih banyak hotel-hotel yang akan terpapar berbanding dengan apa yang kami senaraikan diatas, jika promosi diskaun hotel-hotel tertentu sedang berjalan.

Hotel Rating

Rating Review Yang Terbaik

Di dalam senarai kami seperti diatas, terdapat 3 hotel yang mempunyai rating review pengguna yang tertinggi iaitu diantara 8.4/10 hinga 8.8/10. Hotel-hotel tersebut ialah Hotel 1000 Miles, Ahyu Hotel dan BIG M Hotel.

Rating yang tinggi ini adalah berdasarkan purata nilai kepada beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pihak booking.com seperti keselesaan menginap, khidmat staf, WiFi percuma, kemudahan hotel yang tersedia, nilai untuk wang, kebersihan bilik hotel dan lokasi yang strategik.

Untuk maklumat lanjut harga terkini dan review setiap hotel sila klik ke link hotel yang terbabit.

Masjid

Jika anda lebih selesa untuk memilih hotel-hotel yang berdekatan dengan Masjid, maka hotel seperti Ahyu Hotel , BIG M Hotel dan Citin Hotel Masjid Jamek adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana hotel-hotel ini adalah amat berdekatan dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan Stesen LRT Masjid Jamek.

Masjid Jemek KL ini juga berdekatan dengan Masjid India di Jalan Masjid India KL yang jarak antara keduanya adalah lebih kurang sekitar 400m.

WiFi Internet Percuma

Kesemua hotel-hotel yang disenaraikan diatas menawarkan WiFi percuma untuk setiap pelanggan. Jika Wifi percuma menjadi antara keutamaan anda apabila memilih hotel bajet di KL, maka berikan tumpuan kepada rating hotel yang tinggi secara umum dan rating WiFi percuma secara khusus.

Sebagai contohnya Ahyu Hotel mempunyai rating WiFi percuma 8.9/10. Secara umumnya prestasi WiFi dihotel ini memuaskan berdasarkan rating yang diberikan oleh pelanggan.

Jadi anda boleh memilih hotel-hotel yang lain juga yang turut mempunyai rating WiFi percuma yang tinggi.

Pengangkutan Awam Rel Rapid

Jika anda mencari hotel-hotel bajet yang berdekatan dengan Rel Rapid maka terdapat banyak pilihan hotel.

Contohnya Ahyu Hotel dan BIG M Hotel terletak amat berhampiran dengan Stesen LRT Masjid Jamek (Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya).

Manakala Double M Hotel dan Hotel Check-In pula berdekatan dengan Stesen Monorel KL Sentral MR1.

Dan jika anda memilih hotel di kejiranan Bukit Bintang pula Asia Like Boutique Hotel adalah berdekatan dengan Stesen Monorel Imbi yang paling terdekat iaitu sekitar 200m atau Ceria Hotel dengan Monorel Hang Tuah dan LRT stesen Hang Tuah adalah yang terdekat sekitar 500m jaraknya.

Kebanyakan hotel-hotel yang tersenarai diatas mempunyai lokasi yang berdekatan dengan pengangkutan awam Rel Rapid.

Pusat Membeli Belah, Restoran & Kedai Serbaneka

Jika dilihat daripada senarai hotel-hotel diatas, kebanyakannya tertumpu kepada beberapa area atau kejiranan utama iaitu seperti di pusat bandar sekitar Masjid Jamek, Brickfields bersebelahan KL Sentral, Central Market, China Town dan Bukit Bintang.

Maka kebanyakan hotel-hotel ini adalah berhampiran dengan pusat membeli belah utama dan banyak pilihan restoran makanan segera dan kedai serbaneka yang berhampiran.

Contohnya Ahyu Hotel, BIG M Hotel dan Citin Hotel Masjid Jamek yang berhampiran dengan Stesen LRT masjid Jamek, pusat membeli belah Mydin Sinar Kota adalah yang terdekat, iaitu sekitar 4 – 5 minit berjalan kaki.

Dan area masjid jamek ini oleh kerana berada di pusat bandar maka tiada kesukaran untuk anda mencari kedai makanan segera seperti mcdonald’s dan KFC dan kedai-kedai serbaneka seperti myNEWS yang terletak di LRT Masjid Jamek. Serta banyak restoran nasi kandar juga boleh didapati berhampiran.

Nu Sentral Mall (bersebelahan dengan pusat pengangkutan KL Sentral) berdekatan dengan hotel-hotel seperti Double M Hotel dan Hotel Check-In

Berjaya Times Square dan pusat membeli belah Lalaport pula berdekatan dengan hotel seperti Sky Hotel @ Pudu dan Ceria Hotel.

Hotel seperti Asia Like Boutique Hotel pula amat berdekatan dengan beberapa pusat membeli belah utama di Bukit Bintang iaitu sekitar 400m – 500m sahaja ke Plaza Low Yat (pusat gadget dan elektronik KL), Plaza Bukit Bintang, Berjaya Times Square dan Lalaport.

Parking Kereta

Parking kereta selalunya menjadi isu terutamanya pada hotel-hotel bajet ini kerana kebanyakannya tiada parking hotel persendirian yang disediakan. Dan biasanya parking awam terdekat atau lot parking tepi jalan sahaja yang ada tetapi kebiasaannya juga adalah terhad.

Antara yang mempunyai parking awam terdekat di tepi hotel ialah seperti Double M Hotel di Brickfields. Ditepi hotel ini terdapat parking awam iaitu Central Park, Jalan Tun Sambanthan 4.

Ada Tak Hotel Bajet di Kuala Lumpur Dibawah harga RM50?

Untuk mencari bilik hotel bajet di Kuala Lumpur dibawah RM50 boleh dikatakan amat sukar, kerana kebanyakannya adalah berharga RM50 keatas.

Sebagai contoh antara bilik hotel yang termurah (satu katil atau kembar) yang didalam senarai di atas adalah Citin Hotel Masjid Jamek . Harga bilik hotel ini bermula dengan harga RM64 termasuk cukai (semasa artikel ini ditulis).

Biasanya hanya bilik berkongsi sahaja (hostel) yang boleh didapatkan dengan harga dibawah RM50.

Sebagai contoh di The Explorers Guesthouse and Hostel mereka mempunyai bilik hostel yang berkongsi ramai antaranya 6 katil asrama atau 4 katil asrama. Bilik hostel ini boleh didapati dengan harga dari RM30 – RM40 semalam.

View My Stats