Last Updated on July 5, 2022 by azman
Dipaparkan cara pembelian online dan harga tiket ferry dari JB ke Batam atau dari Batam ke JB.
Beli Tiket Feri Online JB ke Batam / Batam ke JB / Book Online Ferry Ticket from JB to Batam or Batam to JB
- Tiket feri online boleh dibeli dari Easybook.com
- Terdapat 2 pilihan jeti/terminal feri di Batam iaitu di Batam Center dan Batam Harbour Bay Ferry Terminal.
- Terminal Feri di JB ialah Terminal Ferry Stulang Laut (juga dikenali sebagai Berjaya Waterfront/The Zon Ferry Terminal)
- Dan selain dari terminal feri di JB ini terdapat 2 pilihan jeti/terminal feri yang lain di Johor iaitu Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dan Pelabuhan Pasir Gudang.
Harga Tiket Ferry JB – Batam (2022)
Di paparkan dibawah harga tiket ferry dari JB ke Batam dan Batam ke JB.
1. Terminal Feri Stulang Laut, JB (Terminal Feri Antarabangsa Johor Bahru)
Ferry Stulang Laut JB – Batam – Stulang Laut JB |
---|
Operator Feri: CITRA INDOMAS dan Bistari Gemilang Laluan 1: Feri Terminal Stulang Laut (Berjaya Waterfront/The Zon Ferry Terminal), JB Johor Ke Batam Center (dan kembali Batam ke JB) Laluan 2: Feri Terminal Stulang Laut (Berjaya Waterfront/The Zon Ferry Terminal), JB Johor Ke Harbour Bay Ferry Terminal Batam (dan kembali Batam ke JB) Tempah Tiket Feri di Easybook.com Harga Tiket Feri: Harga terkini 2022 Harga Tiket : RM105.00/sehala (Dewasa/Kanak-Kanak) |
Ferry Stulang Laut JB – Batam – Stulang Laut JB |
Terminal feri ini adalah terminal feri yang paling berdekatan dengan pusat bandar Johor Bahru.
2. Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Iskandar Puteri.Johor
Terminal feri ini adalah terminal feri yang berada di luar pusat bandar JB Johor Bahru. Ianya terletak di Iskandar Puteri (nama lamanya Nusajaya) iaitu kira-kira 20km daripada pusat bandar Johor Bahru.
Ferry Puteri Harbour – Batam – Puteri Harbour | |
---|---|
Laluan Feri: Puteri Harbour International Ferry Terminal, Johor Ke Batam Harbour Bay Ferry Terminal, Indonesia Harga Tiket Ferry: Dewasa: Currently No Ferry Trip for Online Booking Kanak-kanak: Currently No Ferry Trip for Online Booking | Laluan Feri: Batam Harbour Bay Ferry Terminal, Indonesia ke Puteri Harbour International Ferry Terminal, Johor Harga Tiket Ferry: Dewasa: Currently No Ferry Trip for Online Booking Kanak-kanak: Currently No Ferry Trip for Online Booking |
Waktu Berlepas | Waktu Berlepas |
Ferry Puteri Harbour – Batam – Puteri Harbour |
Terminal Feri Antarabangsa Puteri harbour ini berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan baru yang menarik di Iskandar Puteri. Sila lihat beberapa tempat menarik seperti dibawah.
Tempat-Tempat Menarik Berdekatan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour
Berikut adalah tempat-tempat pelancongan dan shopping menarik yang berhampiran dengan terminal feri
- Puteri Harbour Theme Park (Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town). Berada berdekatan dengan terminal feri dengan jarak berjalan kaki lebih kurang 450m.
- Mall Of Medini. Lebih kurang 4.9km dari terminal feri.
- LEGOLAND Malaysia Resort. Lebih kurang 4.3km dari terminal feri.
- Johor Premium Outlets (JPO). Lebih kurang 28.4km dari terminal feri.
3. Terminal Feri Pasir Gudang, Pelabuhan Pasir Gudang.
Tiket feri online boleh dibeli dari Easybook.com
Terminal feri ini terletak lebih kurang 28km dari pusat bandar JB Johor Bahru.
Tiket Ferry Johor – Batam – Johor | |
---|---|
Laluan Feri: Johor (Pelabuhan Pasir Gudang) Ke Indonesia (Batam Center) Harga Tiket Ferry: Dewasa: MYR77.80 Kanak-kanak: MYR77.80 | Laluan Feri: Indonesia (Batam Center) Ke Johor (Pelabuhan Pasir Gudang) Harga Tiket Ferry: Dewasa: MYR77.20 Kanak-kanak: MYR77.20 |
Waktu Berlepas | Waktu Berlepas |
10:00 AM | |
01:00 PM | |
04:00 PM | 02:50:00 PM |
Tiket Ferry Johor – Batam – Johor |
Cara Membeli Tiket Feri Online
Cara membeli tiket feri dibawah ini adalah berdasarkan cara-cara pembelian di Easybook.com
- Langkah 1 – Carian Perjalanan. Masukkan tempat berlepas dan destinasi terminal feri. Satu paparan akan terhasil iaitu senarai feri , waktu berlepas dan harga tiket.
- Langkah 2 – Pilih tiket. Masukkan jumlah tiket feri yang diperlukan.
- Langkah 3 – Masukkan detail penumpang dan buat bayaran. Isikan semua detail yang diperlukan dan seterusnya membuat bayaran. Bayaran boleh menggunakan visa & mastercard serta online banking bagi semua pengguna di Malaysia, Singapore dan Indonesia.
- Langkah 4 – Setelah bayaran diterima dan proses pembelian berjaya, anda akan menerima “Order Summary” daripada Easybook.com melalui e-mail anda.
- Langkah 5 – Pada hari berangkat sila bawa “order summary” anda yang sudah bercetak untuk ditukarkan ke tiket boarding pass semasa di kaunter.
Nota: Sila cetak “Order Summary” yang anda terima melalui e-mail.
Sila lawati portal penempahan tiket Easybook.com untuk menempah tiket feri anda secara online dan lain-lain maklumat berkaitan yang diperlukan.