Last Updated on December 16, 2021 by azman
Tiket kereta api ETS online dan KTM Intercity online boleh dibeli melalui portal penempahan tiket Portal BusOnlineTicket.com/ETS-KTM
BusOnlineTicket.com/ETS-KTM adalah kemudahan portal pembelian tiket keretapi KTM Berhad dan mereka menawarkan penempahan tiket KTM secara online (KTM Online Ticket) di portal mereka. Busonlineticket.com juga antara platform terbesar pembelian tiket bas online di Malaysia.
Topik
- Cara Membeli Tiket Kereta Api ETS/KTM Online
- Jadual Perjalanan ETS/KTM Malaysia
Mencetak e-ticket
- Anda boleh memilih untuk mencetak tiket ETS yang anda terima di email.
- Atau hanya dengan menyimpan e-ticket anda yang berformat PDF didalam phone anda.
Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk anda menaiki kereta api ETS di stesen-stesen KTM.
Pengangkutan Alternatif – Bas Express
Jika anda memerlukan pengangkutan alternatif untuk ke destinasi anda seperti bas express, sila layari portal popular penempahan tiket bas secara online di BusOnlineTicket.com
Jadual Perjalanan ETS Malaysia
Jadual Perjalanan kereta api ETS adalah seperti pautan dibawah.
- Jadual perjalanan ETS yang terkini dan lengkap si lawati Jadual Perjalanan Tren ETS
Stesen-Stesen Di Laluan Perjalanan Kereta Api ETS di Malaysia
Padang Besar, Arau, Kodiang, Anak Bukit, Alor Star, Kobah, Gurun, Sungai Petani, Tasek Gelugor, Butterworth, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Kamunting, Taiping, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kuala Lumpur, KL Sentral, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Rembau, Pulau Sebang, Batang Melaka and Gemas
Jadual Perjalanan KTM Antara Bandar (Intercity)
Kereta api KTM ini adalah jenis standard iaitu trek laluan lama dan bukan laluan trek elektrik.
Stesen-Stesen Di Laluan Perjalanan KTM Antara Bandar JB Sentral – Tumpat – JB Sentral
TUMPAT, Kg. Kok Pasir, Palekbang, WAKAF BAHARU, Bunut Susu, Kg. Machang, PASIR MAS, Chica Tinggi, To’ Uban, Sg. Keladi, Bukit Panau, TANAH MERAH, Kg. Paloh Rawa, TEMANGAN, Sg. Nal, KRAI, Pahi, MANEK URAI, Sg. Mengkuang, Kg Baru Sg. Mengkuang, Ulu Temiang, Kg. Baru Bkt Abu, BUKIT ABU, Kuala Gris, DABONG, KEMUBU, Sri Jaya, Sri Mahligai, Sri Bintang, Sg. Tasin, Jerek Baru, Bertam, BERTAM BARU, Limau Kasturi, Sg. Sirian, Kg. Sg. Sirian, Sg. Koyan, Pan Malayan, GUA MUSANG, Lapan Tupai, Mentara Baru, MERAPOH, Telok Gunong, Kubang Rasa, Sungai Temau, CHEGAR PERAH, Aur Gading, Dura, Kg. Berkam, Bukit Betong, Telang, Padang Tungku, KUALA LIPIS, Kerambit, JERANTUT, KUALA KRAU, MENTAKAB, TRIANG Kemayan, BAHAU, GEMAS, SEGAMAT, Genuang, Tenang, Labis, Bekok, Paloh, Chamek, KLUANG, Mengkibol, Renggam, Layang-Layang, KULAI, KEMPAS BARU dan JB SENTRAL
Satu perkara yang menarik ialah perjalanan dari hujung ke hujung iaitu dari Tumpat ke KL Sentral menggunakan keretapi di dalam laluan ini mengambil masa lebih kurang 17 jam keseluruhannya.
Stesen-Stesen Di Laluan Perjalanan KTM Antara Bandar JB Sentral – Woodlandsw- JB Sentral
JB Sentral dan Woodlands, Singapura
Perjalanan ini juga disebut dengan Shuttle Tebrau dan perjalanan keretapi dari KL Sentral ke Woodlands mengambil masa 5 minit.
Sila lawati Jadual Perjalanan KTMB
Cara Tempah Tiket ETS Train Online Malaysia / Booking Tiket Kereta Api ETS KTM Online
Tiket kereta api ETS KTM dan antara bandar ini anda boleh menempahnya secara online menggunakan portal penempahan tiket rasmi ktmb di ktmb.com.my
Penempahan Tiket Melalui Portal Third Party
1. Ditunjukkan cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal BusOnlineTicket.com/ETS-KTM
Pada muka hadapan laman web BusOnlineTicket.com/ETS-KTM klik tab “Train Ticket”, dan anda akan menemui borang carian, seperti imej 1 dibawah. Dan anda boleh memasukkan tempat anda bertolak, destinasi pilihan anda, tarikh bertolak serta jumlah tempat duduk. Contoh dibawah adalah dari KL Sentral ke Butterworth.
Imej 1
Satu senarai laluan akan dihasilkan oleh portal pencarian busonlineticket.com/ktmtrain. Mengandungi maklumat berkenaan jadual perjalanan (Coach perjalanan yang tiketnya sudah habis dijual tidak akan dipamerkan) seperti contoh imej 2 dibawah (sebahagian laluan sahaja ditunjukkan di imej dibawah).
Imej 2
Anda perlu memilih perjalanan train yang anda kehendaki dengan menekan “Select”. Katakan anda memilih perjalanan KL Sentral ke Butterworth (11:25 (11:25 AM)). Maka satu paparan berikut akan terhasil, untuk anda memilih tempat duduk, seperti contoh Imej 3 dibawah.
Imej 3
Pilih tempat duduk dengan melakukan klik ke no seat yang dikehendaki. Contoh diatas pilihan seat daripada 5 coach boleh dibuat ( Coach A, B, C, D atau E). Setelah memlih seat and boleh tekan butang “Proceed” maka satu paparan seperti Imej 4 dibawah akan terhasil.
Masukkan butir-butir peribadi anda dan cara pembayaran yang anda akan buat. Setelah semuanya diisi anda boleh terus membuat pembayaran dengan menekan butang “Proceed to Payment”
Imej 4
Setelah selesai proses pembayaran anda akan menerima email pengesahan dari busonlineticket.com berserta dengan e-ticket KTM anda.
Mencetak e-ticket
- Anda boleh memilih untuk mencetak tiket ETS yang anda terima di email.
- Atau hanya dengan menyimpan e-ticket anda yang berformat PDF didalam phone anda.
Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk anda menaiki kereta api ETS di stesen-stesen KTM.
Book tiket ETS KTM melalui portal busonlineticket.com/ktmtrain
Cara Tempah Tiket ETS Train Online Malaysia / Booking Tiket Kereta Api ETS KTM Online di Portal Rasmi KTMB
Tiket kereta api ETS KTM dan antara bandar ini anda boleh menempahnya secara online menggunakan portal penempahan tiket rasmi ktmb di ktmb.com.my