Last Updated on November 27, 2023 by azman
Tiket Feri Langkawi Online
Tiket feri langkawi online boleh dibeli daripada portal online ini Busonlineticket.com . portal ini menawarkan pelbagai tiket pengangkutan di Malaysia secara online seperti bas, keretapi dan feri.
Tiket Jeti Kuala Kedah dan Jeti Kuala Perlis ke Langkawi
Terdapat dua jeti utama untuk mendapatkan feri untuk ke Pulau langkawi iaitu Jeti Kuala Kedah dan Jeti Kuala Perlis.
Dari | Tempoh Perjalanan (Anggaran Purata) |
Jeti Kuala Kedah ke Jeti Pulau Langkawi Harga Tiket Feri Terkini: Lawati Busonlineticket.com untuk penempahan dan panduan harga terkini yang ditawarkan di portal ini. | 1 jam 45 minit Antara Operator Feri yang boleh ditempah melalui Busonlineticket.com ialah: – Langkawi Ferry Line (Malaysian) – Langkawi Kedah RoRo Ferry |
Jeti Kuala Perlis ke Jeti Pulau Langkawi Harga Tiket Feri Terkini: Lawati Busonlineticket.com untuk penempahan dan panduan harga terkini yang ditawarkan di portal ini. | 1 jam 15 minit Antara Operator Feri yang boleh ditempah melalui Busonlineticket.com ialah: – Langkawi Ferry Line (Malaysian) – Wantas RoRo |
Jeti Kuala Kedah
Kepada yang menaiki pengangkutan awam, Jeti Kuala Kedah ini boleh didatangi dari bandar Alor Setar. Sama ada mereka yang menggunakan bas express ataupun keretapi ETS. Perjalanan dari bandar Alor Setar ke jeti Kuala Kedah ini akan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Terdapat perkhidmatan bas dan teksi ke Jeti Kuala Kedah.
Selain membeli tiket feri Langkawi secara online di portal Busonlineticket.com , terdapat kaunter-kaunter operator feri yang disediakan untuk membeli tiket-tiket feri.
Tempoh masa perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah langkawi mengambil masa secara purata dalam 1 jam 45 minit, jika cuaca dan ombak tidak begitu baik tempoh perjalanan akan mengambil masa yang lebih sedikit daripada tempoh biasa.
Jeti Kuala Kedah
Pekan Kuala Kedah, 06600 Kuala Kedah, Kedah
Jeti Kuala Perlis
Kepada yang menaiki pengangkutan awam seperti keretapi ETS, Jeti Kuala Perlis ini boleh didatangi dari bandar Arau (Stesen Arau). Perjalanan dari bandar Arau ke jeti Kuala Perlis ini akan mengambil masa lebih kurang 20 – 30 minit. Anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dari Arau ke Jeti Kuala Kedah.
Jika anda menaiki bas express boleh sahaja terus turun di Terminal bas Kuala Perlis. Jarak antara terminal bas ke Jeti Kuala Perlis adalah dekat sahaja dengan berjalan kaki.
Tempoh masa perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah langkawi mengambil masa secara purata dalam 1 jam 15 minit. Kepada yang inginkan tempoh perjalan feri yang lebih pendek maka jeti Kuala Perlis adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan Jeti Kuala Kedah.
Jeti Kuala Perlis
Persiaran Putra Timur, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Tempah Tiket Feri Online Ke Langkawi
Anda boleh menempah tiket feri secara online ke Langkawi menggunakan portal bas dan feri ini di Busticketonline.com
Anda boleh juga layari halaman ini cara beli tiket feri Langkawi online untuk cara dan langkah-langkah pembelian.