Last Updated on June 11, 2020 by azman
Tiket KTM ETS Kuala Lumpur ke Taiping atau Taiping ke Kuala Lumpur boleh dibeli secara online di portal penempahan tiket seperti dibawah.
ETS tickets from Kuala Lumpur to Taiping or from Taiping to Kuala Lumpur can be purchased from the websites listed below.
Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM Anda Disini:-
Tempah Tiket ETS KL Ke Taiping
Lawati portal penempahan tiket ETS di portal eticket KTMB. untuk memeriksa jadual perjalanan dan menempah tiket ETS secara online. Portal ini merupakan antara ejen rasmi KTMB untuk menjual tiket secara online. Antara kelebihan portal ini adalah keupayaan menerima pelbagai cara pembayaran online.
Harga Tiket ETS KL Ke Taiping dan Taiping Ke KL
ETS Platinum: Dewasa = RM62, Kanak-Kanak= RM35
ETS Gold: Dewasa = RM47, Kanak-Kanak= RM28
Perjalanan menaiki ETS Platinum adalah lebih laju. Ini adalah kerana kekerapan ETS Platinum berhenti di stesen-stesen adalah lebih kurang berbanding dengan ETS Gold.
*Maklumat di atas adalah betul ketika cetakan dan sila lawati halaman portal tempahan tiket seperti di atas untuk maklumat terkini.
Cara Tempah Tiket ETS KL Ke Taiping dan Taiping Ke KL Secara Online
Pada dasarnya, caranya adalah mudah yang melibatkan beberapa langkah sahaja.
Langkah 1: Pada muka hadapan laman web portal eticket KTMB klik tab “Train Ticket”, dan anda akan menemui borang carian. Anda boleh memasukkan tempat anda bertolak, destinasi pilihan anda, tarikh bertolak serta jumlah tempat duduk.
Langkah 2: Satu senarai jadual perjalanan ETS Seremban ke Padang Besar akan dihasilkan oleh portal pencarian portal eticket KTMB Anda perlu memilih perjalanan train yang anda kehendaki dengan menekan “Select Seats/Berths”.
Langkah 3: Pilih tempat duduk di coach yang menjadi pilihan anda.
Langkah 4 : Masukkan butir peribadi anda dan membuat pembayaran. Pilih kaedah pembayaran yang bersesuaian. Selesai.
Mencetak e-ticket / Menyimpan e-ticket di Smartphone
Anda mempunyai pilihan sama ada untuk mencetak e-ticket ini di atas kertas dan kemudiannya ditunjukkan kepada pegawai KTM di atas keretapi apabila diminta kelak. Atau anda boleh sahaja menyimpan e-ticket dalam bentuk pdf/image ini di dalam phone atau tablet sahaja, untuk ditunjukkan kepada pegawai KTM yang bertugas.
Kemudahan Pembayaran
Portal portal eticket KTMB ini mempunyai kelebihan daripada segi kemudahan pembayaran kerana menerima kredit kad/debit kad, perbankan online (Maybank2U, CIMB clicks, Ambank, Bank Rakyat, Affin Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan lain-lain bank tempatan) dan paypal.
Maklumat Tambahan. Stesen-Stesen Diantara Laluan Padang Besar – Gemas
Padang Besar, Arau, Kodiang, Anak Bukit, Alor Star, Kobah, Gurun, Sungai Petani, Tasek Gelugor, Butterworth, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Kamunting, Taiping, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kuala Lumpur, KL Sentral, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Rembau, Pulau Sebang, Batang Melaka and Gemas.
Muat Turun Jadual Keseluruhan Perjalanan ETS
Untuk melihat atau muat turun jadual perjalan ETS yang terkini dan lengkap si lawati Jadual Perjalanan Tren ETS seperti yang disediakan oleh laman resmi KTMB.
Menempah Melalui Halaman Rasmi KTMB
Tiket yang dibeli melalui portal KTMB ini boleh dibatal dan bayaran balik (refund) boleh dibuat oleh pihak KTMB. Walaubagaimanapun bayaran balik tidaklah 100% harga tiket.