Tiket Bas Dari Kuala Lumpur Ke Teluk Intan

Last Updated on December 9, 2021 by azman

Membeli tiket bas online untuk perjalanan dari Kuala Lumpur (TBS) ke Teluk Intan (Perak) atau dari Teluk Intan ke TBS (Kuala Lumpur). Disini dikongsi maklumat mengenai laman-laman web dimana anda boleh membeli tiket bas tersebut secara online.

How to purchase online bus ticket from Kuala Lumpur (TBS) to Teluk Intan or from Teluk Intan to Kuala Lumpur (TBS). Below are the websites where online bus ticket can be purchased.

Laman Web

  1. Busonlineticket.com
  2. Easybook.com

Bas Operator & Pilihan Perjalanan

Bas dan Laluan-Laluan Di Bawah Ini Boleh Ditempah Melalui easybook.com atau busonlineticket.com

Kuala Lumpur (TBS) ke Teluk Intan

Bas Express: Maju Express & Transnasional

Teluk Intan ke TBS (Kuala Lumpur)

Bas Express: Arwana Express, Sri Theven Express, Star Coach Express dan Starmart Express

Harga Tiket Bas

Harga tiket bas bermula dari RM16.10

Laman-laman web busonlineticket.com atau easybook.com merupakan portal pembelian tiket bas secara online di Malaysia. Pencarian tiket bas melalui portal-portal ini menjamin penjimatan masa.

Ini adalah kerana output pencarian dari portal-portal ini menawarkan pilihan pelbagai bas operator yang berada di dalam senarai mereka. Sila lawati mana-mana portal di bawah untuk pencarian tiket bas anda bagi destinasi antara Kuala Lumpur (TBS) dan Teluk Intan (Perak).

Menukar Ke “Boarding Pass” di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Jika anda menaiki bas di TBS anda perlu mendapatkan “boarding pass” di kaunter pertukaran terlebih dahulu. Caranya seperti berikut.

Setelah anda berjaya menempah secara online di mana-mana portal tempahan tiket bas pilihan anda, maka satu email pengesahan detail tiket akan di hantar kepada anda.

Mencetak E-Ticket atau Membayar RM1/Tiket

Cetakkan email ini. Dan semasa di TBS serahkan cetakan email ini ke mana-mana kaunter pertukaran “boarding pass” yang terletak di tingkat 3 (tingkat kaunter-kaunter tiket dan pintu-pintu berlepas). Sila cari Kaunter E, F, G atau H.

Nota:  Anda perlu membayar RM1/tiket jika anda tidak mencetak e-tiket anda. Caj ini dikenakan semasa membuat pertukaran”boarding pass” di kaunter pertukaran jika anda hanya menunjuk e-ticket anda melalui handphone.

Boarding Pass:

Berikut adalah contoh boarding pass dengan QR code yang akan anda terima setelah membuat pertukaran di kaunter E, F, G atau H.

contoh-boarding-pass-tbs

Semua maklumat akan tertera di boarding pass ini termasuk pintu berlepas. Contoh di atas ialah Gate 18 sebagai pintu berlepas. Serahkan boarding pass ini kepada pegawai keselamatan di pintu berlepas untuk kemasukkan ke platform bas.

Bagaimana Cara Membeli Tiket Bas Online

Prosedur membeli tiket bas secara online adalah mudah dan arahan-arahan daripada portal tiketing tempahan juga adalah mudah untuk diikuti.

Sila klik laman panduan membeli tiket bas online yang telah belitiketbas.com sediakan untuk kemudahan anda memahami proses-proses yang terlibat.

Maklumat Tambahan

Lain-lain maklumat tambahan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Terutamannya mengenai pilihan portal-portal lain dalam pembelian tiket bas secara online.