Last Updated on April 22, 2017 by azman
Keretapi ETS Malaysia adalah merupakan perkhidmatan keretapi antara bandar dimana tren-trennya menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak. Keretapi ETS ini dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) disepanjang trek berkembar yang di “electrified”. Pada masa kini perkhidmatan keretapi ETS ini hanya beroperasi dilaluan Padang Besar – Gemas sahaja.
Tempah Tiket Keretapi ETS Malaysia
Anda boleh membeli tiket keretapi ETS secara online dengan menggunakan portal tempahan tiket Easybook.com. Portal ini merupakan antara ejen-ejen rasmi KTMB dalam menjual tiket secara secara online.
Gambarajah Laluan Keretapi ETS & Keretapi Biasa KTMB
Gambarajah 1 dibawah memaparkan secara ringkas rangkaian laluan Keretapi KTMB samada keretapi ETS atau keretapi biasa.
Gambarajah 1.
Keretapi Aliran Pantai Barat
Keretapi aliran pantai barat ini menghubungkan keretapi-keretapi KTM antara Padang Besar di Perlis dan Singapore di sebelah selatan.
Dan daripada rangkaian aliran pantai barat ini, hanya laluan antara Padang Besar dan Gemas sahaja yang mengggunakan perkhidmatan keretapi ETS. Ini adalah kerana hanya laluan ini sahaja dimana landasan berkembar elektrik telah sempurna dibina. Laluan ini ditandakan dengan garisan berwarna oren di Gambarajah 1 di atas.
Dan seperti yang dilaporkan oleh astroawani.com landasan berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bahru sepanjang 197km dijangka akan siap pada penghujung 2020.
Muat Turun Jadual Perjalanan Terkini Keretapi ETS
Untuk mendapatkan jadual terkini perjalanan tren ETS sila lawati Jadual Perjalanan Tren ETS yang disediakan secara rasmi oleh KTMB.
Atau and boleh terus muat turun jadual perjalanan ETS ini (dalam format pdf) menggunakan pautan-pautan dibawah ini.
Stesen-Stesen Keretapi ETS/KTM Sebagai Rujukan
Padang Besar, Arau, Kodiang, Anak Bukit, Alor Star, Kobah, Gurun, Sungai Petani, Tasek Gelugor, Butterworth, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Kamunting, Taiping, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kuala Lumpur, KL Sentral, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Rembau, Pulau Sebang, Batang Melaka and Gemas
Stesen-stesen diatas merupakan stesen dimana ianya termasuk didalam stesen perhentian dilaluan Padang Besar – Gemas.
Beberapa Stesen Popular
Stesen Keretapi ETS/KTM Padang Besar
Stesen keretapi Padang Besar adalah antara pintu masuk popular untuk ke Hatyai, Thailand.
Dari stesen keretapi ini anda boleh menaiki keretapi yang dikendalikan dengan kerjasama KTMB dan Thailand Railway untuk ke Hatyai. Atau anda boleh sahaja menyeberang ke sebelah Padang Besar Thailand untuk mendapatkan bas untuk ke Hatyai.
Stesen Keretapi ETS/KTM Butterworth
Pintu masuk popular ke seberang Pulau Pinang dengan menaiki feri.
Stesen Keretapi ETS/KTM Ipoh
Antara laluan popular adalah ke stesen Ipoh ini dari KL. Terdapat trip yang banyak untuk perkhidamatan laluan KL ke Ipoh ini.
Stesen Keretapi ETS/KTM KL Sentral
Stesen hentian utama ETS/ Intercity KTM di Kuala Lumpur. Stesen KTM KL sentral menghubungkan pelbagai sistem pengangkutan lain seperti LRT. ERL ke KLIA dan KTM komuter.
Sebuah lagi stesen hentian ETS/ Intercity KTM di Kuala Lumpur ialah Terminal KTM atau dinamakan stesen Kuala Lumpur (iaitu stesen lama KTM).
Stesen Keretapi ETS/KTM Gemas
Ini merupakan stesen dimana tren ETS berakhir dan bermula di bahagian selatan. Jika anda hendak meneruskan perjalanan lanjut ke stesen-stesen bahagian selatan yang lain maka anda perlu menukar ke tren biasa untuk destinasi seterusnya.
Tempah Tiket Keretapi ETS Malaysia
Anda boleh membeli tiket keretapi ETS secara online dengan menggunakan portal tempahan tiket Easybook.com. Antara kelebihan portal ini adalah kerana ianya menerima pelbagai cara pembayaran online seperti kredit kad. debit kad, perbankan online (Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, Bank Rakyat, Public Bank, RHB, Hong Leong Bank dan lain-lain bank tempatan) dan PayPal.
Lawan Web Rasmi KTMB
Untuk maklumat rasmi mengenai keretapi ETS Malaysia ini dan lain-lain maklumat yang berkaitan sila layari KTMB Malaysia. Dan untuk menempah e-ticket ETS secara online melalui halaman rasmi KTMB sila layari KTMB e-ticket