Last Updated on November 29, 2018 by azman
Tiket ETS Kuala Lumpur ke Padang Besar atau Padang Besar ke Kuala Lumpur boleh dibeli secara online di portal penempahan tiket seperti dibawah. (ETS tickets from Kuala Lumpur To Padang Besar or Padang Besar To Kuala Lumpur can be purchased from the website listed below.)
Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM Anda Disini:-
Tempah Tiket ETS Kuala Lumpur Ke Padang Besar / Padang Besar Ke Kuala Lumpur
Lawati portal penempahan tiket ETS di busonlineticket.com/ktmtrain untuk memeriksa jadual perjalanan dan menempah tiket ETS secara online. Portal ini merupakan antara ejen rasmi KTMB untuk menjual tiket secara online. Antara kelebihan portal ini adalah keupayaan menerima pelbagai cara pembayaran online.
Harga Tiket ETS Kuala Lumpur Ke Padang Besar / Padang Besar Ke Kuala Lumpur
ETS Platinum: Dewasa = RM102, Kanak-Kanak*/ Warga Emas/ OKU**= RM55, Pelajar***= RM65
ETS Gold: Dewasa = RM76, Kanak-Kanak*/ Warga Emas/ OKU**= RM42, Pelajar***= RM49
* Kanak-kanak didefinasikan oleh KTM sebagai berumur antara 4 tahun – 12 tahun.
** Telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Warga Malaysia Sahaja)
*** KTMB i-Card Student (Pemegang Kad Sahaja). Mohon KTMB i-Card Student disini.
Cara Tempah Tiket ETS Kuala Lumpur Ke Padang Besar Secara Online
Sila layari halaman ini Cara Beli Tiket ETS Online untuk langkah demi langkah cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal busonlineticket.com/ktmtrain
Pada dasarnya, caranya adalah mudah yang melibatkan beberapa langkah sahaja.
Langkah 1: Pada muka hadapan laman web busonlineticket.com/ktmtrain
klik tab “Train Ticket”, dan anda akan menemui borang carian. Anda boleh memasukkan tempat anda bertolak, destinasi pilihan anda, tarikh bertolak serta jumlah tempat duduk.
Langkah 2: Satu senarai jadual perjalanan ETS Kuala Lumpur ke Padang Besar akan dihasilkan oleh portal pencarian busonlineticket.com/ktmtrain Anda perlu memilih perjalanan train yang anda kehendaki dengan menekan “Select Seats/Berths”.
Langkah 3: Pilih tempat duduk di coach yang menjadi pilihan anda.
Langkah 4 : Masukkan butir peribadi anda dan membuat pembayaran. Pilih kaedah pembayaran yang bersesuaian. Selesai.
Setelah selesai dan berjaya proses pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dari Easybook.com berserta dengan e-ticket KTM anda.
Menyimpan / Mencetak E-Ticket
- Anda boleh sahaja menyimpan e-ticket dalam bentuk PDF ke dalam phone atau tablet anda. Dan ketika menaiki keretapi nanti.sila tunjukkan kepada pegawai KTM yang bertugas e-ticket ini melalui phone anda.
- Jika anda mahu, anda juga boleh mencetak E-ticket ini di atas kertas dan ditunjukkan kepada pegawai KTM di atas keretapi nanti apabila diminta kelak.
Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk menaiki keretapi KTM ETS.
Book tiket ETS KTM melalui portal busonlineticket.com/ktmtrain
Nota: Tiket ETS yang dibeli melalui busonlineticket.com tidak boleh dibuat bayaran balik (refund) atau dibatal.
Kemudahan Pembayaran
Portal busonlineticket.com/ktmtrain ini mempunyai kelebihan daripada segi kemudahan pembayaran kerana menerima kredit kad/debit kad, perbankan online (Maybank2U, CIMB clicks, Ambank, Bank Rakyat, Affin Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan lain-lain bank tempatan) dan PayPal.
Maklumat Tambahan. Stesen-Stesen Diantara Laluan Padang Besar – Kuala Lumpur
Padang Besar, Arau, Kodiang, Anak Bukit, Alor Setar, Kobah, Gurun, Sungai Petani, Tasek Gelugor, Padang Besar, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Kamunting, Taiping, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kuala Lumpur, KL Sentral, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Rembau, Pulau Sebang / Padang Besar, Batang Melaka and Gemas
Muat Turun Jadual Keseluruhan Perjalanan ETS
Untuk melihat atau muat turun jadual perjalanan ETS yang terkini dan lengkap si lawati Jadual Perjalanan Tren ETS seperti yang disediakan oleh laman rasmi KTMB.
Tempah tiket ETS/KTMB kemana-mana destinasi pilihan anda melalui busonlineticket.com/ktmtrain
Beberapa Perkara Yang Perlu Diketahui Apabila Menempah Melalui Easybook.com
| EasyBook | |
|---|---|
| Kaedah Pembayaran | Kaedah Pembayaran Visa & Mastercard Paypal MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net) 7 Eleven, Mobile MOney, Web Cash dan Union Pay |
| Fi Pemprosesan | Fi Pemprosesan Bergantung Kepada Cara Pembayaran Yang Anda Pilih: Visa & Mastercard = 0% Fi FPX (Perbankan Online Malaysia) = 2% Fi atau MRY1.30 Fi, dicaj yang mana lebih tinggi. 7 Eleven = 1% Fi + MYR 1 Caj Oleh 7 Eleven |
| Boleh Memilih Tempat Duduk? | Boleh Memilih Tempat Duduk? Ya. Tempat duduk boleh dipilih. |
| Mata Ganjaran | Ya. Easipoint. Mata Easipoint boleh digunakan untuk pembayaran tiket dimasa akan datang. |
| Pembatalan/Refund Tiket? | Tidak dibenarkan setelah membeli di easybook.com. |
| Website Mobile Friendly | Ya. Mudah menempah dengan layout penempahan lebih kemas dan mudah dikendalikan. |
| Booking di EasyBook |
Menempah Melalui Halaman Rasmi KTMB
Anda boleh juga menempah tiket ETS/KTMB melalui halaman rasmi KTMB.
Halaman rasmi KTMB ini menerima pelbagai cara pembayaran online. Anda boleh menggunakan perbankan online selain daripada debit kad dan kredit kad.
Tiket yang dibeli melalui portal KTMB ini boleh dibatal dan bayaran balik (refund) boleh dibuat oleh pihak KTMB. Walaubagaimanapun bayaran balik tidak sepenuh 100% harga tiket setelah ditolak jumlah tertentu berdasarkan terma dan syarat KTMB.
Dan jika anda ingin melakukan perubahan tarikh/waktu perjalanan, perubahan ini boleh dibuat hanya dikaunter-kaunter tiket KTM sahaja. Perubahan yang boleh dibuat hanya untuk sekali sahaja dan bergantung kepada syarat-syarat dan terma KTM.