Last Updated on February 18, 2023 by azman
Ditunjukkan cara membeli tiket flight AirAsia, Firefly, Malindo Air dan MAS yang murah untuk mana-mana destinasi pilihan anda. Caranya ialah dengan mencari tiket kapal terbang di portal penempahan tiket dan perbandinggan harga Airpaz.com
Pengenalan Airpaz.com
Yang menariknya Airpaz.com ini adalah laman webnya yang mudah untuk dikendalikan atau disebut sebagai mesra pengguna. Airpaz.com meliputi penempahan tiket kapal terbang tambang murah untuk laluan seluruh Asia Pasifik.
Antaranya Airpaz.com dapat memperbandingkan harga tiket penerbangan tambang murah regional seperti AirAsia, FireFly, TigerAir, Malindo Air, Malaysia Airlines dan sebagainya didalam satu halaman untuk kemudahan kita.
Tidaklah perlu kita melayari setiap portal penerbangan yang disebut di atas untuk mencari harga tiket kapal terbang termurah semasa atau promo semasa. Perbandingan ini akan memudahkan kita mencari tiket flight murah sesuatu perjalanan dengan lebih mudah dan pantas.
Contoh Pencarian Tiket Murah AirAsia, Firefly, Malindo Air & MAS Dan Penempahan di Airpaz.com
Contohnya kita mencari harga tiket kapal terbang murah dari KL ke Penang untuk mana-mana syarikat penerbangan AirAsia, FireFly, Malindo Air dan Malaysia Airlines. Dengan menggunakan portal Airpaz.com contoh hasil carian penerbangan dengan harga tiket semasa adalah seperti Gambarajah 1 dibawah.
Dengan perbandingan harga di satu halaman yang sama ini, memudahkan kita membuat analisa syarikat pernerbangan mana yang memberikan harga termurah berdasarkan harga tiket dan lain-lain kemudahan seperti had berat bagasi.
Kalendar Harga Terbaik
Dan kita boleh juga menggunakan ciri istimewa yang disediakan oleh Airpaz.com iaitu “Kalendar Harga Terbaik”. Katakan kita ingin terbang di bulan April 2017 dari KL ke Penang dan oleh kerana jadual penerbangan kita adalah fleksibel maka kita ingin memilih hari penerbangan yang menawarkan harga termurah. Maka gunalah “Kalendar Harga Terbaik” seperti Gambarajah 2 dibawah untuk kemudahan kita membuat analisa.
“Kalendar Harga Terbaik” ini akan memaparkan harga termurah sepanjang bulan April 2017. Dan kita juga boleh memilih bulan-bulan lain jika mahu. Dan sekali lihat kita akan dapati harga termurah ialah 68.90. Dan untuk maklumat detail penerbangan kita perlu memilih hari yang dikehendaki dan paparan yang lebih terperinci akan terhasil seperti di Gambarajah 1 di atas.
Cara Menempah Tiket Flight Murah di Airpaz.com
Terdapat 5 langkah yang perlu kita turuti dalam menempah tiket penerbangan di Airpaz.com.
Langkah 1 – Carian penerbangan. Masukkan maklumat seperti dari bandar mana, ke bandar mana, tarikh perjalanan, berapa penumpang dsbnya.
Langkah 2 – Akan terhasil senarai semua penerbangan berdasarkan kriteria kemasukkan yang kita telah buat. Pilih penerbangan yang kita inginkan.
Langkah 3 – Masukkan maklumat perhubungan dan data penumpang. Data seperti nama, no telefon, no pasport (untuk penerbangan antarabangsa) dsbnya.
Langkah 4 – Ringkasan penerbangan. Setelah selesai langkah 3. Perincian penerbangan akan terhasil. Setelah kita berpuashati dengan data yang dipaparkan maka perincian ini bolehlah disahkan.
Langkah 5 – Pembayaran. Kita boleh memilih daripada pilihan jenis bayaran yang disediakan seperti Kredit Kad/Debit Kad Visa & Mastercard, perbankan online Ambank, RHBNow, CIMB clicks, Hong Leong Connect, alliance online, Bank Islam, Affin Bank, Standard Chartered, Maybank2u, PBebank.com.
Tempah tiket tiket kapal terbang AirAsia, Firefly, Malindo Air, MAS dan lain-lain penerbangan di laluan Asia Pasifik melalui Airpaz.com

