Beli Tiket Flight Murah & Cara Mencarinya

Last Updated on December 4, 2019 by azman

Nak beli tiket flight murah? Ada beberapa website perbandingan harga yang dapat membantu kita mencari tiket kapal terbang murah ini. Salah satu daripadanya ialah Airpaz.com

Yang menariknya Airpaz.com ini website nya mudah untuk dikendalikan atau disebut sebagai mesra pengguna. Airpaz.com meliputi penempahan tiket kapal terbang untuk laluan meliputi Asia Pasifik.

Antaranya Airpaz.com dapat memperbandingkan harga tiket penerbangan tambang murah regional seperti AirAsia, FireFly, TigerAir, Malindo Air, Malaysia Airlines dan sebagainya didalam satu halaman untuk kemudahan kita.

Tidaklah perlu kita melayari setiap portal penerbangan  yang disebut di atas untuk mencari harga tiket kapal terbang termurah semasa atau promo semasa. Perbandingan ini akan memudahkan kita mencari tiket flight murah sesuatu perjalanan dengan lebih mudah dan pantas.

Kemudahan Kalendar Harga Terbaik Dari Airpaz

Ini adalah kemudahan yang amat menarik. Jika kita mempunyai fleksibiliti dalam jadual perjalanan, dengan melihat kalendar harga terbaik sesuatu perjalanan maka kita boleh memilih tarikh perjalanan yang termurah. Contohnya kita mencari tarikh penerbangan termurah dari KL ke Langkawi untuk bulan April 2017. Dengan pencarian di Airpaz, hasilnya adalah seperti dibawah.

KL to Langkawi Airasia

Harga tiket flight termurah KL ke Langkawi ialah RM54.30! Mudahkan untuk mencari harga termurah.

Dan apabila kita klikkan di tarikh yang menjadi pilihan kita satu senarai detail pernerbangan (syarikat penerbangan, waktu perjalanan dan sebagaimya) akan terhasil. *Harga tiket akan berubah-berubah bergantung biasanya kepada tarikh bila pencarian dibuat dan tarikh pernerbangan yang dipilih.

Kemudahan untuk Membayar di Airpaz

Airpaz.com menawarkan kemudahan pembayaran yang mudah untuk kemudahan kita di Malaysia ini. Kita boleh membayar tiket yang kita tempah dengan menggunakan Kredit Kad/Debit Kad Visa & Mastercard, perbankan online Ambank, RHBNow, CIMB clicks, Hong Leong Connect, alliance online, Bank Islam, Affin Bank, Standard Chartered, Maybank2u, PBebank.com.

Lain-Lain Ciri Menarik Di Airpaz

Terdapat satu ciri di Airpaz.com yang disebut sebagai “Price Alert”. Ciri ini membantu kita untuk mendapatkan notis pemberitahuan daripada pihak Airpaz apabila harga tiket terkini sesuatu laluan telah menepati jangkaan yang kita telah tetapkan. Notis pemberitahuan ini akan disampaikan melalui email dan SMS.

Sebagai contoh, setelah mendaftar sebagai pengguna di Airpaz.com kita pun terus menetapkan harga jangkaan kita dengan mengisi kriteria yang diperlukan seperti contoh gambaran dibawah.

Ciri ini dapat membantu kita mencari harga tiket flight murah atau harga tiket kapal terbang yang didalam belanjawan selesa kita.

price alert airpaz

Cara Menempah Tiket Flight Murah di Airpaz.com

Terdapat 5 langkah yang perlu kita turuti dalam menempah tiket penerbangan di Airpaz.com.

Langkah 1 – Carian penerbangan. Masukkan maklumat seperti dari bandar mana, ke bandar mana, tarikh perjalanan, berapa penumpang dsbnya.

Langkah 2 – Akan terhasil senarai semua penerbangan berdasarkan kriteria kemasukkan yang kita telah buat. Pilih penerbangan yang kita inginkan.

Langkah 3 – Masukkan maklumat perhubungan dan data penumpang. Data seperti nama, no telefon, no pasport (untuk penerbangan antarabangsa) dsbnya.

Langkah 4 – Ringkasan penerbangan. Setelah selesai langkah 3. Perincian penerbangan akan terhasil. Setelah kita berpuashati dengan data yang dipaparkan maka perincian ini bolehlah disahkan.

Langkah 5 – Pembayaran. Kita boleh memilih daripada pilihan jenis bayaran yang disediakan seperti   Kredit Kad/Debit Kad Visa & Mastercard, perbankan online Ambank, RHBNow, CIMB clicks, Hong Leong Connect, alliance online, Bank Islam, Affin Bank, Standard Chartered, Maybank2u, PBebank.com.

Tempah tiket murah penerbangan anda yang meliputi semua destinasi di Malaysia dan destinasi-destinasi lain di Asia Pasifik melalui Airpaz.com