Last Updated on December 22, 2016 by azman
Membeli tiket bas online untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka atau dari Melaka ke Kuala Lumpur. Disini dikongsi maklumat mengenai laman-laman web dimana anda boleh membeli tiket bas tersebut secara online.
Buy online bus ticket for destination from Kuala Lumpur to Melaka or from Melaka to Kuala Lumpur. Below are the websites where online bus ticket can be purchased.
Tempah Tiket Bas Online Anda Melalui Laman Web Ini
Bas Ekspress Operator & Pilihan Perjalanan
*Sila klik tab yang berkaitan untuk maklumat perjalanan
KL → Melaka
Bas Ekspres Operator / Laluan | Boleh Ditempah Di |
---|---|
Delima Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Ke Melaka Sentral Harga Tambang/Tiket: RM10.00 | Busonlineticket.com Easybook.com |
KKKL Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Ke Melaka Sentral | Busonlineticket.com |
KPB Ekspress (KPB Express coach) TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Ke Melaka Sentral | Easybook.com |
Kejora Ekspress TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Ke Melaka Sentral | Busonlineticket.com |
Mayang Sari Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Ke Melaka Sentral | Busonlineticket.com |
Transnasional TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Ke Melaka Sentral | Easybook.com CatchThatBus.com |
Melaka → KL
Bas Ekspres Operator / Laluan | Boleh Ditempah Di |
---|---|
Delima Express Melaka Sentral Ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Harga Tambang/Tiket: RM10.00 | Busonlineticket.com Easybook.com |
Kesatuan Express Melaka Sentral Ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) | CatchThatBus.com |
KKKL Express Melaka Sentral Ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) | Busonlineticket.com |
Mayang Sari Express Melaka Sentral Ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) | Busonlineticket.com |
Starmart Express Melaka Sentral Ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) | Easybook.com |
Transnasional Melaka Sentral Ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) | CatchThatBus.com Easybook.com |
Bas dan laluan-laluan di atas ini boleh ditempah melalui CatchThatBus.com, BusOnlineTicket.com dan Easybook.com
Laman web di atas merupakan portal pembelian tiket bas secara online di Malaysia. Pencarian tiket bas melalui portal-portal ini menjamin penjimatan masa.
Ini adalah kerana output pencarian dari portal-portal ini menawarkan pilihan pelbagai bas operator yang berada di dalam senarai mereka. Sila lawati mana-mana portal di atas untuk pencarian tiket bas anda bagi destinasi dari dari Kuala Lumpur ke Melaka atau dari Melaka ke Kuala Lumpur. Dan juga mana-mana destinasi pilihan anda yang lain.
Menukar Ke “Boarding Pass” di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
Jika anda menaiki bas di TBS anda perlu mendapatkan “boarding pass” di kaunter pertukaran terlebih dahulu. Caranya seperti berikut.
Setelah anda berjaya menempah secara online di mana-mana portal tempahan tiket bas pilihan anda, maka satu email pengesahan detail tiket akan di hantar kepada anda. Contohnya adalah seperti dibawah dari pihak CatchThatBus.com.
Contoh e-mail:
Cetakkan email ini. Dan semasa di TBS serahkan cetakan email ini ke mana-mana kaunter pertukaran “boarding pass” yang terletak di tingkat 3 (tingkat kaunter-kaunter tiket dan pintu-pintu berlepas). Sila cari Kaunter E, F, G atau H.
Boarding Pass:
Berikut adalah contoh boarding pass yang akan anda terima setelah membuat pertukaran di kaunter E, F, G atau H.
Semua maklumat akan tertera di boarding pass ini termasuk pintu berlepas. Contoh di atas ialah Gate 18 sebagai pintu berlepas. Serahkan boarding pass ini kepada pegawai keselamatan di pintu berlepas untuk kemasukkan ke platform bas.
Easybook.com vs Busonlineticket.com
Maklumat Mengenai Terminal Bas Melaka Sentral
Melaka Sentral
Jalan Tun Razak, 75400 Melaka
Bagaimana Cara Membeli Tiket Bas Online
Prosedur membeli tiket bas secara online adalah mudah dan arahan-arahan daripada portal tiketing tempahan juga adalah mudah untuk diikuti.
Sila klik laman panduan membeli tiket bas online yang telah belitiketbas.com sediakan untuk kemudahan anda memahami proses-proses yang terlibat.
Maklumat Tambahan
Lain-lain maklumat tambahan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Terutamannya mengenai pilihan portal-portal lain dalam pembelian tiket bas secara online.