Tiket Keretapi KTM ETS dan Intercity Hari Raya Aidilfitri 2017

by

in

Last Updated on May 29, 2017 by azman

Jualan tiket keretapi KTM ETS dan KTMB Intercity Hari Raya Aidilfitri 2017 telah dibuka bermula dari 29hb Mei, 2017 jam 10:00 pagi.

Menurut KTMB sebanyak 174,720 tiket ETS akan dijual dengan pecahan seperti berikut:

  • 87,360 tiket ETS untuk Hari Raya 2017 untuk perjalanan diantara 18 Jun ke 24 Jun
  • 87,360 tiket ETS untuk Hari Raya 2017 untuk perjalanan diantara 27 Jun ke 3 July (Selepas Hari Raya)

Dan tiket KTM Intercity sebanyak 30,240 turut dijual meliputi Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan untuk perjalanan diantara 18 Jun dan 3 Julai.

Menurut KTM juga bahawa jumlah tiket dan keretapi ini akan ditambah jika mendapat sambutan daripada pengguna

Tempah tiket ETS dan KTM Intercity anda di Easybook.com/train, ejen KTMB yang dilantik dan diberi kuasa.

Pembelian Tiket KTM ETS dan Intercity Secara Online

Tiket ETS KTMB boleh dibeli secara online melalui portal tempahan tiket dibawah dan melalui portal eticket KTMB.

1.  Easybook.com/train
2.  Portal Tiket KTM

Portal Easybook.com/train adalah ejen tiket KTM Berhad dan mereka menawarkan penempahan tiket KTM secara online di portal mereka.

Nota: Artikel ini telah dikemaskini untuk menggambarkan kepada perkembangan semasa pada tahun ini 2017.