Tiket ETS Online KTMB Dan Cara Membelinya

Last Updated on November 5, 2021 by azman

Beli tiket ETS online dan KTMB Intercity Online melalui portal tempahan tiket dibawah atau melalui portal rasmi eticket KTMB.

Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM / ETS Train Ticket Online Booking Anda Disini:-

  1.  BusOnlineTicket.com/ETS-KTM

Portal BusOnlineTicket.com/ETS-KTM adalah kemudahan portal pembelian tiket keretapi KTM Berhad dan mereka menawarkan penempahan tiket KTM secara online (KTM Online Ticket) di portal mereka. Busonlineticket.com juga antara platform terbesar pembelian tiket bas online di Malaysia.

Dengan adanya portal tersebut, maka terdapat pertambahan baru bagi saluran untuk menempah tiket ets KTMB Malaysia secara online selain daripada Portal Tiket KTM yang rasmi.

Kemudahan Cara Pembayaran

Portal  BusOnlineTicket.com/ETS-KTM ini mempunyai kelebihan daripada segi kemudahan pembayaran kerana menerima kredit kad/debit kad, perbankan online (Maybank2U, CIMB clicks, Ambank, Bank Rakyat, Bank Islam, Affin Bank, Public Bank, Hong Leong Bank dan lain-lain bank tempatan), Alipay dan PayPal.

Pemilihan Tempat Duduk

BusOnlineTicket.com/ETS-KTM merupakan portal penempahan alternatif tiket rasmi KTM untuk penempahan tiket keretapi KTM/ETS secara online (ETS ticket online) . Penempahan disini membenarkan anda memilih tempat duduk.

Booking Tiket Tren ETS 

Anda dapat menempah tiket ETS (atau KTM Antara Bandar) atau mencari kekosongan tempat duduk (ETS seat availability) sesuatu perjalanan dengan pencarian di BusOnlineTicket.com/ETS-KTM. Senarai tren, waktu perjalanan dan harga tiket ETS akan dipaparkan.

Cara Tempah Tiket ETS Train Online Malaysia

Disertakan 2 contoh cara tempahan tiket ets online iaitu melalui BusOnlineTicket.com/ETS-KTM atau Portal rasmi KTMB.

1.  Contoh pertama, ditunjukkan cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal BusOnlineTicket.com/ETS-KTM

Pada muka hadapan laman web BusOnlineTicket.com/ETS-KTM klik tab “Train Ticket”, dan anda akan menemui borang carian, seperti imej 1 dibawah. Dan anda boleh memasukkan tempat anda bertolak, destinasi pilihan anda, tarikh bertolak serta jumlah tempat duduk. Contoh dibawah adalah dari KL Sentral ke Butterworth.

Imej 1

tiket ets online input

Satu senarai laluan akan dihasilkan oleh portal pencarian busonlineticket.com/ktmtrain. Mengandungi maklumat berkenaan jadual perjalanan (Coach perjalanan yang tiketnya sudah habis dijual tidak akan dipamerkan) seperti contoh imej 2 dibawah (sebahagian laluan sahaja ditunjukkan di imej dibawah).

Imej 2

tiket ets online destinasi

Anda perlu memilih perjalanan train yang anda kehendaki dengan menekan “Select”. Katakan anda memilih perjalanan KL Sentral ke Butterworth (11:25 (11:25 AM)). Maka satu paparan berikut akan terhasil, untuk anda memilih tempat duduk, seperti contoh Imej 3 dibawah.

Imej 3

tiket ets online pilih seat

Pilih tempat duduk dengan melakukan klik ke no seat yang dikehendaki. Contoh diatas pilihan seat daripada 5 coach boleh dibuat ( Coach A, B, C, D atau E). Setelah memlih seat and boleh tekan butang “Proceed” maka satu paparan seperti Imej 4 dibawah akan terhasil.

Masukkan butir-butir peribadi anda dan cara pembayaran yang anda akan buat. Setelah semuanya diisi anda boleh terus membuat pembayaran dengan menekan butang “Proceed to Payment”

Imej 4

tiket ets online bayar

Setelah selesai proses pembayaran anda akan menerima email pengesahan dari busonlineticket.com berserta dengan e-ticket KTM anda.

Mencetak e-ticket

  1. Anda boleh memilih untuk mencetak tiket ETS yang anda terima di email.
  2. Atau hanya dengan menyimpan e-ticket anda yang berformat PDF didalam phone anda.

Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk anda menaiki kereta api ETS di stesen-stesen KTM.

Book tiket ETS KTM melalui portal busonlineticket.com/ktmtrain

Perkara Yang Perlu Diketahui Jika Menempah Melalui Busonlineticket.com

BusOnlineTicketBusOnlineTicket
Kaedah PembayaranVisa & Mastercard

Paypal & Alipay

MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net)
Boleh Memilih Tempat Duduk?Ya. Tempat duduk boleh dipilih.
Pembatalan/Refund Tiket?Tidak dibenarkan setelah membeli di easybook.com.
Website Mobile FriendlyYa. Mudah menempah dengan layout penempahan lebih kemas dan mudah dikendalikan.
Booking di easybook.com/ktmtrain

2.  Contoh kedua, ditunjukkan cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal rasmi ktmb.com.my

Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM / ETS Train Ticket Online Booking Anda Disini:-

  1. ktmb.com.my.

Cara Tempah Tiket ETS Train Online Malaysia

Ditunjukkan cara menempah tiket ets secara online menggunakan portal Portal Tiket KTM.

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna di Portal Tiket KTM sebelum boleh membeli sebarang tiket di portal KTM ini. Setelah mendaftar anda boleh memulakan proses membeli tiket dengan “login” ke dalam menggunakan nama dan password yang telah direka.

Mulakan proses pembelian anda dengan menekan butang “Ticket Reservation” seperti imej dibawah.

KTM Portal Button Ticket Reservation

Setelah butang “Ticket Reservation” ditekan, maka satu paparan input terhasil. Masukkan tempat anda bertolak (origin), tempat anda hendak pergi (destination), tarikh perjalanan, serta pilihan waktu laluan dan jenis train (train) serta coach pilihan anda (coach). Contoh pengisiannya adalah seperti imej dibawah.

KTM Portal Maklumat Perjalanan

Setelah semuanya disi anda boleh klik pada butang “Add”. Maka satu paparan mengisi maklumat penumpang akan terhasil seperti imej dibawa. Anda boleh menempah tiket atas nama anda ataupun jika perlu memasukkan nama-nama lain anda boleh mengisi pada “New Passenger Name”.

Di paparan ini juga anda boleh memilih tempat duduk pilihan anda apabila butang “Seat” ditekan.

KTM Portal Passenger Detail

Setelah semuanya diisi maka contoh terhasil adalah seperti imej dibawah. Setelah anda pastikan semuanya telah betul maka boleh anda menekan butang “Continue” untuk proses seterusnya iaitu proses pembayaran.

KTM Portal Passenger Detail Lengkap

Paparan proses pembayaran akan terhasil seperti imej dibawah apabila anda selesai menekan butang “Continue”. Untuk makluman anda, portal KTMB menyediakan pelbagai cara pembayaran seperti Visa/Mastercard dan FPX online banking.

KTM Portal Payment

Setelah anda selesai membuat pembayaran maka satu eTicket akan dijana oleh sistem untuk anda cetak . Setiap eTicket yang dijana akan turut disimpan didalam sistem, maka anda boleh mengambilnya semula pada bila-bila masa apabila anda “login” kedalam portal KTMB.

Mencetak e-ticket

  1. Anda boleh memilih untuk mencetak tiket ETS yang anda terima di email.
  2. Atau hanya dengan menyimpan e-ticket anda yang berformat PDF didalam phone anda.

Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk anda menaiki kereta api ETS di stesen-stesen KTM.

No Telefon KTMB  / KTMB Contact Number

Ibu Pejabat
KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur Malaysia
Tel No : +603 22671200

  1. No Tel. Stesen KTMB / Station Contact No.

Perkara Perlu Diketahui Jika Menempah Melalui Portal Rasmi KTM

Jadual dibawah memberi sedikit maklumat berkenaan penempahan tiket KTM ETS secara online jika menggunakan Portal Rasmi KTMB

KTMB OnlineKTMB Online
Kaedah PembayaranVisa & Mastercard

MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net)

Maybank2u, BSN
Caj Pemprosesan Internet Banking
Tiada caj
Boleh Memilih Tempat Duduk?Ya. Tempat duduk boleh dipilih.
Mata GanjaranTiada
Pembatalan/Refund Tiket?Pembatalan/Refund Tiket?
Ya dibenarkan jika membeli di portal KTM. Jumlah refund kurang dari 100%. (Bergantung jarak hari waktu pembatalan ke tarikh tiket. Proses refund purata 1 bulan jika membeli menggunakan kredit kad)
Website Mobile FriendlyYa.
Booking di KTMB Online

Tempah / Beli Tiket ETS (Electric Train Service) KTM / ETS Train Ticket Online Booking Anda Disini:-

  1. ktmb.com.my.

Pautan-Pautan Yang Berkaitan

Pengangkutan Alternatif Dengan Menaiki Bas Ekspress

Jika anda mendapati tiket ETS KTM yang anda cari sudah habis ditempah dan anda mencari pengangkutan alternatif seperti bas express maka layari portal tempahan tiket bas online popular Busonlineticket.com

Melalui portal ini pelbagai destinasi boleh ditempah dengan mudah dan cepat dengan pelbagai pilihan bas-bas express popular.