Last Updated on November 16, 2023 by azman
Tiket bas Perdana Express (Ekspress Perdana) boleh dibeli secara online di BusOnlineTicket.com (Buy Perdana Express bus online ticket at BusOnlineTicket.com)
BusOnlineTicket.com merupakan portal penempahan tiket bas setempat untuk bas-bas ekspres bagi laluan-laluan destinasi di Malaysia dan Singapore.
Antara Laluan-Laluan Utama Perdana Express
Antara laluan-laluan bas Perdana Express (Ekspres Perdana) yang boleh dibeli atau booking secara online di BusOnlineTicket.com ialah:
- KL Ke Kota Bharu / Kota Bharu (KB) Ke KL
- Kuala Lumpur Ke Bachok / KL Ke Bachok
- KL Ke Machang / Machang Ke KL
- KL Ke Kuala Krai / Kuala Krai Ke KL
- KL Ke Kuala Besut / Kuala Besut Ke KL
- KL Ke Pasir Mas / Pasir Mas Ke KL
- KL Ke Pasir Puteh / Pasir Puteh Ke KL
- KL Ke Tanah Merah / Tanah Merah Ke KL
- KL Ke Jerteh / Jerteh Ke KL
- Shah Alam Ke Kota Bharu / Kota Bharu Ke Shah Alam
- Shah Alam Ke Jerteh / Jerteh Ke Shah Alam
- Kota Bharu Ke Alor Setar / Alor Setar Ke Kota Bharu
- Kota Bharu Ke JB / JB Ke Kota Bharu
- Kota Bharu Ke Penang / Penang Ke Kota Bharu
- Kota Bharu Ke Kuantan / Kuantan Ke Kota Bharu
- Kota Bharu Ke Ipoh / Ipoh Ke Kota Bharu
- Dan banyak lagi…
Penempahan Tiket Melalui BusOnlineTicket.com
Dengan menggunakan portal penempahan BusOnlineTicket.com anda bukan sahaja boleh menempah tiket bas Perdana Express tetapi juga dari lain-lain syarikat bas yang yang melalui laluan perjalanan yang sama.
Kelebihannya, anda boleh membandingkan harga tiket bas perdana ekspress serta harga tiket bas ekspress yang lain dan juga masa perjalanan mereka secara serentak.
Kaedah Pembayaran di BusOnlineTicket.com
BusOnlineTicket.com menawarkan kaedah pembayaran secara online dengan mudah. Anda boleh menggunakan kredit kad / debit kad, perbankan online (contohnya Maybank2u, CIMB clicks, Ambank, Hong Leong, Bank Rakyat dan lain-lain bank) dan PayPal.
Cara Menempah Tiket Bas Online Di BusOnlineTicket.com
Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Dibawah adalah panduan berdasarkan penempahan tiket bas secara online melalui laman BusOnlineTicket.com
Langkah 1 – Membuat Carian Laluan Bas
1.1 Isikan maklumat berkaitan seperti perjalanan pergi balik atau sehala, bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun), tarikh dan masa serta jumlah penumpang.
1.2 Klik pada “Search Buses”
Langkah 2 – Memilih Tempat Duduk Bas
2.1 Satu paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas akan dikemukakan seperti dibawah berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.
2.2 Klik “Select” pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.
2.3 Satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Proceed”
Langkah 3 – Isikan Butiran Dan Cara Bayaran
3.1 Isikan maklumat lengkap penumpang.
3.2 Pastikan maklumat perjalanan anda betul.
3.3 Pilih Cara Bayaran
– Pilih “iPay88“untuk pembayaran menggunakan Visa & Mastercards atau internet bankiing
– Pilih “PayPal” untuk pembayaran menggunakan Paypal.
– Pilih “7-Eleven” untuk pembayaran tunai di 7-Eleven (7-Eleven di Lembah Klang sahaja)
3.4 Pastikan and “tick” setuju pada polisi BusOnlineTicket.com.
3.5 Klik “Proceed To Payment”
3.6 Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email pengesahan dan maklumat tiket yang mengandungi “boarding code” akan dihantar kepada anda.
3.8 Cetakkan email yang mengandungi maklumat perjalanan dan “boarding code” yang anda terima di email anda. Cetakkan email ini diperlukan untuk menukarkan kepada tiket dikaunter operator bas.
Tempahan Tiket Bas Online Di Malaysia
Anda juga boleh menggunakan widget dibawah untuk mencari perjalanan bas Ekspres Perdana pilihan anda secara online.
Alamat:
Pejabat Urusan Ekspres Perdana
Mukim Teluk Mesira
Bachok, Kelantan.
Website:
Ekspres Perdana
Info:



