KTM Butterworth: Jadual Perjalanan & Pembelian Tiket Online

by

in

Last Updated on March 5, 2018 by azman

KTM Butterworth menyediakan perkhidmatan keretapi seperti berikut:

  1. Perkhidmatan keretapi ETS disediakan oleh KTMB bagi laluan Padang Besar – Gemas
  2. Perkhidmatan KTM Komuter sektor utara Butterworth – Padang Besar.

Topik

  1. Keretapi ETS KTM Butterworth & Jadual Perjalanan
  2. Cara Membeli Tiket ETS KTM Butterworth secara Online
  3. Harga Tiket ETS KTM Butterworth (Pergi dan Balik)
  4. Perkhidmatan KTM Komuter Butterworth – Padang Besar

Perkhidmatan Keretapi ETS KTM Butterworth

Tiket keretapi ETS untuk perjalanan dari KTM Butterworth atau ke KTM Butterworth boleh dibeli secara online atau dikaunter yang disediakan.

Untuk pembelian tiket KTM online untuk kesemua destinasi ETS anda boleh melayari portal tempahan tiket Easybook.com .

Jadual Perjalanan ETS KTM Butterworth:

Untuk jadual perjalanan yang lengkap yang melibatkan KTM Butterworth sila muat turun jadual dibawah yang disediakan secara rasmi oleh pihak KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).

Jika anda ingin memeriksa harga tiket ETS untuk perjalanan anda dan waktu perjalanan yang tersedia dengan mudah maka anda boleh melayari Easybook.com untuk mendapatkannya.

Cara Membeli Tiket ETS KTM Butterworth secara Online

Pada dasarnya, caranya adalah mudah yang melibatkan beberapa langkah sahaja.

Langkah 1: Pada muka hadapan laman web Easybook.com klik tab “Train Ticket”, dan anda akan menemui borang carian. Anda boleh memasukkan tempat anda bertolak, destinasi pilihan anda, tarikh bertolak serta jumlah tempat duduk.

Langkah 2: Satu senarai jadual perjalanan ETS Gemas ke Padang Besar akan dihasilkan oleh portal pencarian Easybook.com. Anda perlu memilih perjalanan train yang anda kehendaki dengan menekan “Select Seats/Berths”.

Langkah 3: Pilih tempat duduk di coach yang menjadi pilihan anda.

Langkah 4 : Masukkan butir peribadi anda dan membuat pembayaran. Pilih kaedah pembayaran yang bersesuaian. Selesai.

Setelah selesai dan berjaya proses pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dari Easybook.com berserta dengan e-ticket KTM anda.

Untuk cara pembelian yang lebih terperinci langkah demi langkah anda boleh layari panduan yang kami sediakan disini.

Menyimpan / Mencetak E-Ticket

  1. Anda boleh sahaja menyimpan e-ticket dalam bentuk PDF ke dalam phone atau tablet anda. Dan ketika menaiki keretapi nanti.sila tunjukkan kepada pegawai KTM yang bertugas e-ticket ini melalui phone anda.
  2. Jika anda mahu, anda juga boleh mencetak E-ticket ini di atas kertas dan ditunjukkan kepada pegawai KTM di atas keretapi nanti apabila diminta kelak.

Kedua-dua cara diatas adalah sah untuk menaiki keretapi KTM ETS.

Harga Tiket ETS KTM Butterworth

Jadual dibawah adalah harga tiket ETS semasa untuk perjalanan dari KTM Butterworth dan dari lain-lain stesen ke KTM Butterworth.

KTM ButterworthHarga Tiket (Ringgit Malaysia RM)
Laluan Pergi atau BalikKelasDewasaWarga EmasKanak-KanakOKUPelajar
Butterworth – Bukit MertajamGold1099910
Platinum1110101010
Butterworth – Parit BuntarGold1411111112
Platinum1612121213
Butterworth – TaipingGold2115151516
Platinum2617171719
Butterworth – Kuala KangsarGold2517171719
Platinum3220202023
Butterworth – Sungai SiputGold2818181820
Platinum_____
Butterworth – IpohGold3321212123
Platinum4225252529
Butterworth – Batu GajahGold3421212124
Platinum4426262630
Butterworth – KamparGold3723232326
Platinum_____
Butterworth – Tapah RoadGold4024242428
Platinum_____
Butterworth – Tanjung MalimGold422933
Platinum_____
Butterworth – Sungai BulohGold5733333338
Platinum_____
Butterworth – Kuala LumpurGold5934343439
Platinum7944444451
Butterworth – KL SentralGold5934343439
Platinum7944444451
Butterworth – Bandar Tasek SelatanGold6034343440
Platinum_____
Butterworth – KajangGold633641
Platinum_____
Butterworth – SerembanGold7039393946
Platinum_____
Butterworth – Pulau Sebang / TampinGold7542424249
Platinum_____
Butterworth – Batang MelakaGold7944444451
Platinum_____
Butterworth – GemasGold8346464653
Platinum_____
KTM Butterworth Laluan Pergi atau BalikKelasDewasaWarga EmasKanak-KanakOKUPelajar

Nota:

  • Kanak-kanak didefinasikan oleh KTM sebagai berumur antara 4 tahun – 12 tahun.
  • OKU: Telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Warga Malaysia Sahaja)
  • Pelajar: KTMB i-Card Student (Pemegang Kad Sahaja). Mohon KTMB i-Card Student disini.

Beberapa Perkara Yang Perlu Diketahui Apabila Menempah Melalui Easybook.com

Tempah tiket ETS/KTMB kemana-mana destinasi pilihan anda melalui Easybook.com

EasyBook 
Kaedah Pembayaran


Kaedah Pembayaran

Visa & Mastercard

Paypal

MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net)

7 Eleven, Mobile MOney, Web Cash dan Union Pay
Fi PemprosesanFi Pemprosesan Bergantung Kepada Cara Pembayaran Yang Anda Pilih:

Visa & Mastercard = 0% Fi

FPX (Perbankan Online Malaysia) = 2% Fi atau MRY1.30 Fi, dicaj yang mana lebih tinggi.

7 Eleven = 1% Fi + MYR 1 Caj Oleh 7 Eleven
Boleh Memilih Tempat Duduk?Boleh Memilih Tempat Duduk?
Ya. Tempat duduk boleh dipilih.
Mata GanjaranYa. Easipoint. Mata Easipoint boleh digunakan untuk pembayaran tiket dimasa akan datang.
Pembatalan/Refund Tiket?Tidak dibenarkan setelah membeli di easybook.com.
Website Mobile FriendlyYa. Mudah menempah dengan layout penempahan lebih kemas dan mudah dikendalikan.
Booking di EasyBook

Perkhidmatan KTM Komuter Butterworth – Padang Besar

Pada ketika ini terdapat 14 waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak KTMB untuk perjalanan dari Butterworth ke Padang Besar dan Padang Besar ke Butterworth.

Pembelian tiket KTM komuter ini hanya boleh dibeli dikaunter tiket stesen KTM dan tiket KTM Komuter ini tidak dapat dibeli secara online.

Jadual Perjalanan KTM Komuter Butterworth – Padang Besar:

Untuk mendapatkan jadual perjalanan terkini perkhidmatan komuter ini sila layari atau muat turun Jadual Perjalanan Komuter Sektor Utara yang disediakan oleh pihak KTMB.