Last Updated on February 26, 2018 by azman
ETS Keretapi Tanah Melayu (ETS KTM) beroperasi di laluan antara Padang Besar dan Gemas. Laluan ini menggunakan trek elektrik berkembar dan membolehkan keretapi ETS bergerak laju sehingga 140km/jam.
Tiket ETS KTMB boleh dibeli secara mudah secara online dengan menggunakan portal Easybook.com
Topik
- Jadual Perjalanan ETS Keretapi Tanah Melayu 2018
- Stesen-Stesen ETS KTMB
- Cara Membeli Tiket ETS Online
- E-Ticket KTMB
- Kemudahan Diskaun ETS Kepada Pelajar & Warga Terpilih
Jadual Perjalanan Laluan ETS KTMB
Klik mana-mana pautan dibawah untuk melihat jadual perjalanan ETS Keretapi Tanah Melayu terkini di tahun 2018.
- Gemas – KL Sentral – Butterworth
- Gemas – KL Sentral – Padang Besar
- Gemas – Butterworth – Padang Besar
- KL Sentral – Sungai Buloh – Ipoh
Jadual perjalanan diatas merangkumi keseluruhan stesen-stesen ETS diantara Padang Besar dan Gemas.
Diagram 1 -Laluan ETS
Stesen-Stesen ETS
Seperti dilihat di Diagram 1 diatas, laluan ETS adalah diantara Padang Besar dan Gemas seperti yang bergaris oren diatas. Dan laluan lain selepas Gemas pada masa ini hanya menngunakan tren diesel biasa KTMB.
Diantara stesen-stesen ETS dilaluan ini adalah seperti berikut:
Padang Besar, Arau, Kodiang, Anak Bukit, Alor Setar, Kobah, Gurun, Sungai Petani, Tasek Gelugor, Kajang, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Kamunting, Taiping, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kuala Lumpur, KL Sentral, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Rembau, Pulau Sebang / Kajang, Batang Melaka and Gemas.
Cara Membeli Tiket ETS Keretapi Tanah Melayu Online
Tiket ETS KTMB boleh dibeli secara mudah secara online dengan menggunakan portal Easybook.com .Portal setempat untuk penempahan tiket online di Malaysia. Antara tiket online yang boleh ditempah disini ialah tiket ETS KTMB, tiket bas dan tiket feri.
Untuk pembelian tiket ets secara online dengan panduan langkah demi langkah, anda boleh melayari laman yang kami sediakan ini beli tiket ets online.
Secara ringkasnya anda boleh membeli di Easybook.com dengan menggunakan kaedah pembayaran seperti kredit kad, debit kad, perbankan online, PayPal dan beberapa kaedah bayaran yang lain.
E-Ticket KTMB
Tiket yang telah berjaya dibeli dari Easybook.com akan dihantar ke email anda didalam bentuk e-ticket KTMB. Tiket ini tidak perlu dicetak, anda hanya perlu simpan didalam smartphone dan tunjukkan e-ticket ini kepada pegawai KTMB bertugas ketika menaiki keretapi. E-Ticket yang dihantar adalah didalam format PDF.
Jika anda mahu, anda juga boleh mencetakkannya untuk kemudahan anda sebagai salinan pendua.
Beberapa Perkara Yang Perlu Diketahui Apabila Menempah Melalui Easybook.com
EasyBook | |
---|---|
Kaedah Pembayaran | Kaedah Pembayaran Visa & Mastercard Paypal MEPS FPX (Affin Bank, Bank Islam, Hong Leong Connect, RHB Now, alliance online, Bank Rakyat iRakyat, maybank2u, UOB, Ambank, CIMB Clicks, Public Bank dan Mabank2e.net) 7 Eleven, Mobile MOney, Web Cash dan Union Pay |
Fi Pemprosesan | Fi Pemprosesan Bergantung Kepada Cara Pembayaran Yang Anda Pilih: Visa & Mastercard = 0% Fi FPX (Perbankan Online Malaysia) = 2% Fi atau MRY1.30 Fi, dicaj yang mana lebih tinggi. 7 Eleven = 1% Fi + MYR 1 Caj Oleh 7 Eleven |
Boleh Memilih Tempat Duduk? | Boleh Memilih Tempat Duduk? Ya. Tempat duduk boleh dipilih. |
Mata Ganjaran | Ya. Easipoint. Mata Easipoint boleh digunakan untuk pembayaran tiket dimasa akan datang. |
Pembatalan/Refund Tiket? | Tidak dibenarkan setelah membeli di easybook.com. |
Website Mobile Friendly | Ya. Mudah menempah dengan layout penempahan lebih kemas dan mudah dikendalikan. |
Booking di EasyBook |
Diskaun Konsesi ETS Keretapi Tanah Melayu
KTMB memberikan harga tiket konsesi kepada pelajar dan warga Malaysia terpilih seperti dibawah.
- Warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. (Warga Malaysia Sahaja)(Diskaun 50%)
- Pesara kerajaan.(Diskaun 40%)
- Warga OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Warga Malaysia Sahaja)(Diskaun 50%)
- Polis, tentera (Diskaun 25%)
- Pelajar Sekolah. (Pemegang i- kad pelajar*)(Diskaun 40%)
*i-kad pelajar boleh dipohon secara online disini.