Bas Perdana Express KL Ke Kota Bharu

Last Updated on November 16, 2023 by azman

Tempah tiket bas Perdana Express online dari KL Ke Kota Bharu atau dari Kota Bharu ke KL di BusOnlineTicket.com (Book Perdana Express bus ticket online from KL to Penang or from Penang to KL at BusOnlineTicket.com).

Jadual Perjalanan Bas Perdana Express

KL Ke Kota Bharu:

Masa Bertolak: 9:45AM, 10.00AM, 2:30PM, 9:00PM, 9:30PM, 9:45PM, 10:00PM
Laluan: TBS (Terminal Bersepadu Selatan) KL Ke Terminal Bas Kota Bharu
Tambang / Harga Tiket: RM44.00

Kota Bharu Ke KL:

Masa Bertolak: 9.30AM, 2:00PM, 9:00PM, 9:30PM, 10:00PM
Laluan: Terminal Bas Kota Bharu Ke KL TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
Tambang / Harga Tiket: RM44.00

Nota: Maklumat di atas adalah tepat ketika dicetak. Sila lawati BusOnlineTicket.com untuk jadual waktu perjalanan terkini.

Penempahan Tiket Melalui BusOnlineTicket.com

Dengan menggunakan portal penempahan BusOnlineTicket.com anda bukan sahaja boleh menempah tiket bas Perdana Express tetapi juga dari lain-lain syarikat bas yang yang melalui laluan perjalanan yang sama.

Kelebihannya, anda boleh membandingkan harga tiket dan masa perjalanan secara serentak dari pelbagai operator-operator bas ekspres.

Kaedah Pembayaran di BusOnlineTicket.com

BusOnlineTicket.com menawarkan kaedah pembayaran secara online dengan mudah. Anda boleh menggunakan kredit kad / debit kad, perbankan online (contohnya Maybank2u, CIMB clicks, Ambank, Hong Leong, Bank Rakyat dan lain-lain bank) dan PayPal.

Cara Menempah Tiket Bas Online Di BusOnlineTicket.com

Untuk membeli atau menempah tiket bas online adalah mudah. Dibawah adalah panduan berdasarkan penempahan tiket bas secara online melalui laman BusOnlineTicket.com

Langkah 1 – Membuat Carian Laluan Bas

1.1 Isikan maklumat berkaitan seperti perjalanan pergi balik atau sehala, bertolak dari (tempat ambil), tiba di (tempat turun), tarikh dan masa serta jumlah penumpang.

1.2 Klik pada “Search Buses”

bus-online-ticket-select-destination

Langkah 2 – Memilih Tempat Duduk Bas

2.1 Satu paparan terperinci jadual perjalanan-perjalanan bas akan dikemukakan seperti dibawah berdasarkan pencarian perjalanan anda di Langkah 1.

bus-online-ticket-bus-list-selection-perdana-express

2.2 Klik “Select” pada waktu perjalanan dan syarikat bas pilihan anda.

2.3 Satu paparan tempat-tempat duduk di dalam bas akan muncul. Klik nombor tempat duduk pilihan anda dan tekan butang “Proceed”

bus-online-ticket-select-seat-default

Langkah 3 – Isikan Butiran Dan Cara Bayaran

3.1 Isikan maklumat lengkap penumpang.

bus-online-ticket-passenger-details

3.2 Pastikan maklumat perjalanan anda betul.

3.3 Pilih Cara Bayaran

– Pilih “iPay88“untuk pembayaran menggunakan Visa & Mastercards atau internet bankiing

– Pilih “PayPal” untuk pembayaran menggunakan Paypal.

– Pilih “7-Eleven” untuk pembayaran tunai di 7-Eleven (7-Eleven di Lembah Klang sahaja)

bus-online-ticket-payment-details

3.4 Pastikan and “tick” setuju pada polisi BusOnlineTicket.com.

3.5 Klik “Proceed To Payment”

3.6 Jika pembayaran anda diterima dan berjaya maka satu email pengesahan dan maklumat tiket yang mengandungi “boarding code” akan dihantar kepada anda.

3.8 Cetakkan email yang mengandungi maklumat perjalanan dan “boarding code” yang anda terima di email anda. Cetakkan email ini diperlukan untuk menukarkan kepada tiket dikaunter operator bas.

Menukar Ke “Boarding Pass” di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Jika anda menaiki bas di TBS anda perlu mendapatkan “boarding pass” di kaunter pertukaran terlebih dahulu. Caranya seperti berikut.

Setelah anda berjaya menempah secara online di mana-mana portal tempahan tiket bas pilihan anda, maka satu email pengesahan detail tiket yang mengandungi “boarding code” akan di hantar kepada anda.

Cetakkan email ini. Dan semasa di TBS serahkan cetakan email ini ke mana-mana kaunter pertukaran “boarding pass” yang terletak di tingkat 3 (tingkat kaunter-kaunter tiket dan pintu-pintu berlepas). Sila cari Kaunter E, F, G atau H.

Boarding Pass:

Berikut adalah contoh boarding pass yang akan anda terima setelah membuat pertukaran di kaunter E, F, G atau H.

contoh-boarding-pass-tbs

Semua maklumat akan tertera di boarding pass ini termasuk pintu berlepas. Contoh di atas ialah Gate 18 sebagai pintu berlepas. Serahkan boarding pass ini kepada pegawai keselamatan di pintu berlepas untuk kemasukkan ke platform bas.

Tempahan Tiket Bas Online Di Malaysia

  1.  BusOnlineTicket.com